Assalamualaikum/Hi,
Kami ingin memaklumkan bahawa server DirectAdmin sedang mengalami gangguan disebabkan oleh masalah teknikal di pusat data (datacenter).
Masalah ini berpunca daripada kebocoran pada sistem penyejukan datacenter, yang menyebabkan beberapa server terjejas. Jadi, masalah ini bukan disebabkan oleh website, fail, database atau setting akaun pihak tuan/puan.
Pasukan teknikal datacenter kini sedang berada di lokasi dan sedang menjalankan kerja-kerja pemulihan, termasuk membaiki sistem penyejukan, mengawal kelembapan serta memastikan kawasan yang terjejas selamat sebelum server dihidupkan semula.
Buat masa ini, masa sebenar server akan pulih masih belum dapat disahkan kerana ia bergantung kepada proses pemulihan di datacenter.
Pihak kami sedang memantau perkembangan daripada pasukan teknikal dan akan memberikan makluman kepada tuan/puan sebaik sahaja terdapat perkembangan baharu atau perkhidmatan telah kembali normal.
Kami mohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan terima kasih atas kesabaran serta kerjasama tuan/puan.
Szombat, Augusztus 15, 2026
Powered by WHMCompleteSolution
